CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 17 December 2015

Cordyceps Sembuhkan Diabetes dan Kanser

Salam semua..
 Harapnya sihat la hendaknya. Amin2.

Harini terasa nak kongsi tentang 1 produk yang saya rasa agak ajaib dan agak pelik jugak sebab kenapa selama ini tidak pernah tahu tentang kewujudan produk ni. Jika dapat tahu lebih awal mungkin banyak benda boleh diselamatkan but.. yelah KALAU itu tak boleh dipersoalkan.. pasti ada sebabnya kenapa Allah lambat sikit jodohkan produk ini dengan kami. Ia mungkin agak terlambat bagi kami tapi tidak anda.

Al kisahnya mak saya adalah pesakit Diabetes sejak 28 tahun lalu. So ofkosla saya tak dapat nak menginsuranskan beliau.. segala urusan hospital hanyalah di hospital kerajaan dan klinik2 swasta yang kami mampu biaya. Hosptal swasta belum mampu lagi.. sampaila mak saya terpaksa menjalani dialisis pada tahun lepas.

Nak dijadikan cerita mak terjatuh dan terluka sedikit sahaja di bawah jari kakinya raya yang lepas ni bulan July 2015. Now ni dah Dec 2015. Tak sangka luka yang sedikit itu tak berjaya pulih merebak, bernanah, melepuh dan mereput. Sehinggalah sampai tahap 2 jari kaki mak terpaksa dibuang untuk mengelakkan jangkitan itu merebak ke tempat lain. Sangka kami kaki mak akan pulih, namun jangkaan kami meleset. Jangkitan merebak lagi ke jari sebelahnya.

Pada ketika ini aku dah mula tersentak dan mencari jalan alternative. Rasanya tak boleh hanya berharap dengan ubat hospital. Saya try 1 produk ni, terbang rm600++ untuk sebotol spplement yang kecil sahaja. Sebenarnya saya percaya produk itu juga bagus cuma mungkin faktor keserasian dan masalah mak yang dah berhadapan dialisis seminggu 3 kali menyebabkan badan mak tak dapat nak menyerap khasiat dari supplement itu sepenuhnya. Jari kaki mak yang ke3 telah dipotong. Kami pasrah. Kesian mak sedih dan sakit setiap hari.

Hampir 1 bulan berlalu dan keadaan kaki mak semakin teruk. Teringat tentang cerita adik yang mengatakan ada hamba Allah yang menyarankan 1 tempat berubat di Ayer Hitam Johor. Banyak kes macam mak terus sembuh katanya. Cuma kos rawatan di situ agak mahal. Apa pilihan yang ada, duit boleh dicari. Tak sanggup tengok kaki mak dipotong.

Sebenarnya rata-rata kisah pengidap kencing manis jika terluka di bahagian kaki, ending ceritanya sama sahaja. Mula2 potong sikit lepas tu merebak. Bawa ke hospital kerajaan, last2 memang kene potong sampai parat lutut. Story mory yang sama. Saya pun baru tau. Baru tahu selepas mak dimasukkan ke hospital dan tiada apa2 prosedur yang dibuat melainkan tunggu kebenaran kami untuk potong kaki mak sampai parat lutut. Kami minta discaj. Rupanya memang bukan cerita palsu yang dijaja2. Ini hakikat yang kami sendiri hadapi.

Jadi, adik bawa mak ke pusat rawatan tersebut. Ok cubalah trial set untuk 10 hari sahaja. RM310. Lepas tu cuci setiap hari kat sana rm30 sehari. Pengsan. Bangun dari pengsan pun tetap kene bayar kos tu. Kejap je 10 hari tu berlalu. Nampak kesannya makin ok. Sebenarnya Pak Tam ( Pengendali pusat rawatan tersebut ) ada menyediakan 3 pakej. Next pakej adalah RM790 utk 1 bulan atau yang lebih jimat RM3500++ untuk harga kilang yang boleh bertahan dalam 7 bulan. Harga memang bole meninggal dengar terutama bagi aku yang rakyat marhean ni. Kene ambil pakej kilang kalau nak jimat. Ketika ini keputusan memang berbelah bagi. Bukan kerana keberkesanan yang diragukan tapi faktor kewangan. Bole buat downpayment kete ni atau moto sebijik. Tanam kangkung berapa ekar ni baru dapat cover balik kos ni.

Nak dijadikan cerita, tengah berbincang2 tu adala 3 orang hamba Allah yang baru datang. Nampak mereka berbual dengan Pak Tam dan gitu gini bla... bla.. bla.. saya tak amik port. Rupa-rupanya dalam masa 10 hari tu adik saya ada perkenalkan produk tu kat patient yang senasib dengan mak  masa kat hospital. Dia datang dan ambil juga trial set 2 hari yang lepas. So, yang baru datang tadi rupanya adalah orang yang sama, datang semula dan ambil pakej yang RM3500++ tu. Biar  BETUL??

Ye betul. Sebab nampak terus kesannya. Ada daging yang baru tumbuh di kawasan kaki patient tu. Baru 2 hari beb! Mak saya dah 10 hari tapi progress agak slow. Rupa-rupanya bila discuss balik progress mak slow sebab mak dah dialisis. But still memang bole baik but really takes time. So if kita beli yang pakej sebulan2 tu, 4 bulan je dah RM3200. Belum masuk kos cuci dan duit minyak berulang setiap hari.

Ok. last2 carik talian hayat. amik kos kilang. RM3500.

Kenapa saya boleh percaya?

Seriously saya susah nak percaya. Apatah lagi adik saya. Kami ni anti MLM. Produk ni MLM ye.

TAPI...

Sebab kami dah saksikan sendiri testimoni di depan mata kami sendiri.

cube tengok ni.



Gambar di atas tu. Dah jumpa dia secara personal masa bawa mak buat rawatan di sana. Beliau memang nampak normal sehinggalah tahu kisah sebenar beliau sebelum berjumpa dengan Cordyceps ni. Menderita sakit kulit bertahun2 lamanya.




Ni saya besarkan caption pada gambar tu. Itulah Pak Tam pemilik pusat rawatan di Ayer Hitam tu. Mendengar pengalaman beliau secara face to face memang agak mengkagumkan. Jika anda pergi ke pusat rawatan beliau, di dinding2 tu penuh dengan gambar testimoni yang beliau rawat sendiri. Bukan gambar ceduk2 dari pakcik google ye. Semua ada di HP beliau dari rawatan hari pertama sehinggalah sembuh. 

Bagaimana kami tak percaya?

Khasiat cordyceps ni sangat banyak. Cuma saya simpulkan dalam bahasa yang sangat mudah ialah ianya sangat2 bagus untuk pesakit diabetes dan Kanser. Boleh sembuh 100% dengan mudah jika belum dialisis. Cordyceps adalah agen yang melawan sel2 kanser dengan sangat cepat. 

Produk ni Halal dan lulus KKM.

Mahal? Memang agak mahal. Tapi kalau banding dengan kos rawatan di hospital swasta dan harga kesihatan, ianya jauh lebih murah. Sebab itu saya sanggup menaip panjang2 di pagi2 buta ni sekadar untuk berkongsi cerita. Saya tak nak korang TERLAMBAT tahu dan terlambat cuba selamatkan insan2 yang anda sayang.

Ni sedikit sebanyak yang sempat saya scan n upload. Selebihnya korang boleh google carik.











Ok. Tu je. Setakat hari ini mak saya masih dalam rawatan dan InsyaAllah kesan semakin positif.
Doakan. Maaf tiada gambar kaki mak sebab ngeri.

Jika ada berminat nak cuba trial set boleh juga pm saya 019 7700 490 Art
                                                                                        019 332 9297 Khalid
                                                                                        011 1071 1200 Ramle

Nak lebih detail tentang produk boleh tengok di laman official AHB..
klik SINI

Ni senarai harga produk2 tu.. Trial Set RM290

Niat bukan nak menjual sangat but Highly recommended.

InsyaAllah.

Amin2. Ini sekadar Ikhtiar. Dia juga yang menyembuhkan.

Wassalam.


Tuesday, 24 November 2015

Servis Lipat Baju di Melaka

Salam semua... maaf ler 5 abad tak update blog.. dulu penulis sekarang pelipat.. eh.. gitu plak.. hehe

Sebenarnya cita2 dari seawal darjah 6 aku nak ada bisnes sendiri.. nak ade kedai sendiri.. so Alhamdulillah.. bisnes yang mmg aku dah lama mula start dr tingkatan 2 kot x silap jual2 makanan kat asrama... ahh legen tu.. hahaha... sambung ke u.. sampaila ke time kerja.. jadik sales people n last sangkut hatinya sampai sekarang kat prudential.. always listening always understanding.. gitu kan.. pejam celik pejam celik dah 7 tahun.. tapi aku bukan agen yg hardcore... kalo hardcore dari tahun lepas lagi aku dah jutawan... ahahaha.. so bukan salah pru tak bagi agen dia kaya.. ni sume salah aku sebab sibuk sangat nak kawinla.. beranak tak putus2... ade aje alasan dan musababnye.. tapi  masa mula2 buat aku buat betul2 tau.. tak caye tgk almari rumah aku.. penuh piala achievement dr Pru.. Eh kjap aku ni nak cerita apa sebenarnya ni... ahahahaha.. lari tajuk beb... nak lipat kan... ok2.. ahahaha.. menulis time pagi2 bute memang cenggini jadiknye.. kul 5 pagi beb ni...

okeh alkisahnyer.. aku pindah melaka.. jadual terlalu pack.. aku kene ulang alik melaka batu pahat ke opis pru.. kt melaka aku ade uruskan kilang sampaila kain baju menimbun2 sampai nak carik baju tak jumpa.. aku stress... siyes stress.. yela balik keje dah penat.. nak layan budak2 makan main belajar kemas balik sepah2 yang diorg buat, masak etc... dah namanye pun mak budak kan..

haa.. saper ade baju banyak2 macam ni sila angkat tangan.. kite geng.. ahahaha.. ini untung 1 bakul jer..
kalo dah tak muat bakul ni cam mana? 2 bakul masuk bakul ke 3 boleh koma tau! ahahhaaha

so penat aku google carik servis ni kat melaka x jumpa.. kalo jumpa pun persendirian yg buat rumah tp ofcosla jauh dr rumah aku.. kalo jiran aku bole tlg lipatkan baju aku mmg takkan wujudla kedai aku ni... ahahhaa... perancangan Allah tu kan lebih indah..

Tensen punye pasal tu yang aku bertekad untuk membuka... jeng jeng jeng...
kedai Lipat Baju Seriwalis kat Bandar Baru Sungai Udang.. aku bukak betul2 sebelah kedai laundry 24hrs.. kedai tu aku buat untuk melipat segala apa yang boleh dilipat.. lipat baju lipat kain lipat cadar lipat stokin lipat seluar haaa lipat ape lagi.. gosok baju pun ade sekali..



The best part aku ade buat sekali sewa baju murah2.. siyes murah sebab harga start dr RM20 beb! ade baju pengantin, dinner, nikah, baju tradisional dan banyak lagi yang akan datang.. sebab konsep aku mudah je.. sape2 ade baju cantik2 tersorok kat dlm almari tuh.. nak jual syg tapi kalo nak pakai plak tak kene waktu.. meh sini letak kat kedai hakak.. perkongsian keuntungan okeh.. ade org sewa sama2la kite untung.. xde orang sewa hakak takdela nak kenekan sewa ke ape2 ke kan.. canggih tak? sila angguk ye.. hehe

so ape kesan dan contoh2 lepas dilipat?

syomel tak... ni lepas siap lipat..pastu kami akan packing utk ready hantar ke rumah customer or customer pick up sendiri..

Harga? okey RM1.80 sahaja sekilo.. dan berita baiknya sempena pembukaan ni hakak bagi promosi RM1 sahaja sekilo okey.. siap ade amik dan hantar sampai depan pintu rumah hokey.. jangan memain.. tapi untuk warga melaka jela ( tak termasuk jasin.. jauh sgt ) caj penghantaran ikut kawasan.. melaka besar beb.. mati kekeringan hakak kalo kene amik jauh2 utk lipat baju korang tapi xde claim duit minyak... dahla singgit sekilo... ahahahha

ok sebenarnya ade laman web rasmi untuk lipat baju ni... cuma update kat sini sebab hakak lebih suke menyampaikan sesuatu dalam mode relax.. penat wei jadik mode profesional manjang ni... ahahahhaa..

ok so kalo nak tgk official laman web kite bolek klik kat bawah ni..

www.lipatbajuseriwalis.webs.com

ni fb pages kite

lipat baju seriwalis

ok jumpa lagi next entry!!! Nak subuh ni.. babai



Sunday, 28 June 2015

AIR BENTEN HIJAUUUUUU!!!!

Salam semua...

Selamat menyambut Ramadhan Kareem.. Biasanya setiap kali menyambut mesti ade projek... daripada projek dulu biasanya memang kuih raya... pastu Doyan Crepe... Tahun ni ada kelainan... iaitu air raya!! Hehhehehe

Okeh ini dia Air Benten...
Ada plak orang tanya.. nape namanya Benten? Simple answer.. sebab dia Hijauuuuuuuuu... hehhee..


Ni kordial nya... RM5 sahaja ok..

Boleh dipelbagaikan untuk memberi kelainan dalam juadah berbuka pose atau bagi tetamu ada rasa WOW sikit... haaa gietu...

Haaa... terliur tak... bese kan susah nk buat air Kathira.. haaa ni express punya tau.. BENTHIRA! 
Cuma tambahkan benten +susu pekat + selasih + kembang semangkuk...
Alah.. kalo maleh sgt nk carik sume tu.. bancuh ngan susu je pun da sodap!

Nak lagi resepi?

Boleh campurkan ngan soda..
Boleh campurkan ngan asam boi...
Boleh campurkan ngan cincau...
Boleh campurkan ngan susu cair...

Macam2 kan? 

Ni kawan aku tengah try nak buat kek Benten plak... Arghh tak sabar aku nak merasanya...

Soklan CEPUGANGSA...
Air ni perasa apa??
Alah rm5 je pun.. cube jela... susah aku nak terangkan rasa apa.. yang pastinya sekali rasa memang tak boleh berhenti nak bancuh siap2 letak kat peti ais... nyum2!!

Nah kat sini aku tepek testimoni yang dah rasa air hikmat ni... hehhehe..
Aku tepek sikit jela.. kang muntah hijau plak korang baca... 






Cukupla dulu ye...

Owh ye.. ramuannya.. aku tak sempat tulis kat sticker botol aritu..
Ramuan : Gula, pewarna dan perisa yang dibenarkan..
Itu je... ade org tanya.. ni ade khasiat pape tak..
Ikhlas aku cakap.. Ade.. Buat hilang haus.. hahahha... ok.. tak kelakar.. 

So bagaimana nak dapatkan??
Untuk bulan pose ni..
Ni lokasi yang boleh dapatkan barangan secara terus..
1- Bazar Ramadhan tepi Dewan Jubli Intan Bp
2-  Bazar Ramadhan Banang jalan ke tanjung labuh berhampiran Petronas
3 - Bengkel kete Jis Auto Parit Besar Bp
4 - Uthm 
5 - cod available di Bp pada hari2 tertentu time aku blk bp jela... bese aku akn announce bila di fb
6 - cod di Melaka adalah di area Sungai Udang dan Bukit Rambai... 


Ok itu je buat kali ni.. boleh ikuti perkembangan saya di FB Art Seriwalis
Atau
Boleh direct contact ART di 177997547..

THANKS TIDAK TERHINGGA PADA SEMUA YANG MENYOKONG!!! 




Friday, 24 April 2015

Gara-gara DX dan Charm kami telah menjadi Model !!

Assalamualaikum semua...

Sori lama senyap... But this time aku ade hadiah untuk korang semua...

Actually aku pernah bermimpi untuk menjadi seorang model... BUT... besela.. angan2 tanpa tindakan jadilah angan2 minah Jenin.

Tapi dengan tanpa disangka2 aku terpilih untuk menjadi testimoni DX dan Charm untuk dimuatkan dalam Majalah... Pergh masa shooting tulah aku merasa betapa bestnya aku hidup sekejap dalam angan2... ahahahha.. but after shooting... perasaan aku ialah... OH NO!! Aku tak sanggup jadik MODEL... Penat Seyyy!!! Tapi Puas! Majalahnyer tu ntah aku pun tak tengok lagi majalahnyer... Yang penting gambar dari pihak auditor dah keluar apelagi... kasik updatela... Ahahahha...

Ok tanpa membuang masa...

Here we come!!


This is me ok... hihihi... can u believe it.. eheheheh... Actually masa nak submit story ni punyala panjang berjela cerita aku.. so bila diorang edit jadiknya camni je.. so kalo korang terasa aku ade unsur2 riak dsb harap sangat dimaafkan... memang tanpa niat langsung.. huhu...

And this is my BFF Marya... korang nak tau cerita kisah aku kenal DX dgn Marya ni boleh tengok kat SINI..Korang tengok ayat beliau... aku baca pun da terasa keajaibannye... ahahahhaa...

Ok.. kat bawah ni semua rakan2 seperjuangan yang sama2 real testimoni boleh kurus n cun melecun muda remaja hanya kerana pakai DX dan Charm... Dah kurus memangla nampak lagi cun dan muda... jangan plak korang cakap aku bagitau pakai korset bole jadik muda... Mati la mak nak menjawabnye... ahahhaa...

Ok layan...



Hah!! Dah berpinar blom mata? Ahahhaha... Ini semua gara-gara DX dan Charm.. Tak pasal2 kan kitorang ni da jadik cam model.. Tak kuasa mak... ahahhahaha..
Jom kite kekal sihat dan Cantik bersama ELKEN !!


Nantikan aku nak update artis2 yang ada pakai korset DX dan Charm ni... Diorg pun ade buat shooting and of course lagi gempak... Diorang punye ni dah keluar kat Majalah EH sebenarnya... So kalo aku update tu adalah untuk tatapan korang yang mungkin tak berkesempatan nak beli majalah EH tu ye.. Ntah ade lagi ntah tidak kat pasaran sekarang ni.. 

So sampai kite berjumpa lagi..

Bole contact Art direct at 0177997547
( ID 000300077621 )

or kawan2 Art ye...

KL, Shah Alam,Putrajaya, Kajang.. 
Marya 012 365 6108 ( ID 000100258270 )

Nilai , Seremban, Sepang... 
Mimie 016 238 6925 ( ID 0003600030221 )

Melaka.. Art 017 799 7547  ( ID 00300077621 )

Batu Pahat..
Ekin.. 018 321 3353 (whatsapp only ) 
013 707 7353


Johor Bahru... Ili Syazwani 013 7200073 ( ID 000300083249 )



Tuesday, 3 March 2015

Seorang lagi iras Aaron Aziz dijumpai di Johor!

Salam semua...

Terpanggil untuk menulis entry kali ini gara-gara viral seorang budak yang dikatakan seiras Aaron Aziz.. Tengok banyak kali masih tertanya-tanya benarkah gambar tersebut atau pun sekadar edit?


Kalaulah benar mesti best kan kalau dapat jumpa budak kecik nih... dapat autograph tangan kecik pun takpe... hehehe

Daripada kisah ni jugak aku teringat kat member aku sorang nih... Ramai yang kata muka dia macam Aaron Aziz... a.k.a kembar Aaron Aziz...  BETUL ke BOHONG?

Ahahahha... korang nilaila sendiri ye... aku pernah cakap dengan dia... kalau dah glamour aku nak jadik Manager dia... Ahahahha...  Tak pasal2 aku dapat job kan...



Cukuplah aku bagi 2 gambar jer yang bolehla kot nk compare2kan sket... ini pun aku culik dari fb dia... pastu aku edit... ahahhaha...
Gambar lain Manager simpan untuk mengekalkan ketenteraman beliau dan rumahtangga beliau...

Tambahan pula entri ini adalah tanpa kebenaran tuan badan... Nasib kau lah dik kenal ngan wartawan cam hakak ni kihkihkih...


Sape yang kenal tu diam2 jer... sebab rasanya ramai yang kenal dia ni kat mukim tuuuutttt... Johor.. JDT okey...



Hakak larik dulu.... Nanti you all jangan lupe bagi i 5 bintang hokey... supaya senang sikit akk nak dapat job manager nih... Ahahhaha...

Ade 2 lagi kembar artis akan menyusul.. After this ialah kembar SHAHIR AF... Stay tune... ehehehhe...





Chow Chin Chau!!!!





Thursday, 5 February 2015

Homestay Murah di Bandar Batu Pahat

Assalamualaikum...
Siapa yang berhajat untuk mencari Homestay murah dan bajet serta berhampiran dengan bandar Batu Pahat dan segala kemudahan yang ada di bandar tu... mungkin ini adalah pilihan terbaik anda..

RUMAH SERIWALIS






Lokasi : 42 Jalan Talib Kampung Merdeka, Batu Pahat Johor
  • Sebelah rumah untuk kemudahan membeli sarapan pagi
  • 1 minit dari Katerina Hotel, Novo Park Hotel, Wisma Sing Long dan Pasar Malam Pesta pada hari Sabtu...
  • 2 minit dari bandar Batu Pahat
  • 3 minit dari Dewan Jubli Intan Batu Pahat, Landmark Hotel dan Bp Walk dan Dataran Batu Pahat
  • 5 minit dari Hospital Besar Batu Pahat
  • 5 minit dari Summit Parade Batu Pahat dan Crystal Inn
  • 10 minit dari Aeon Big, Square One, KFC dan MCD Drive thru, Pantai Hospital, Putra Hospital
  • 15 minit dari Maktab Perguruan Batu Pahat
  • 20 minit dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • 30 minit dari Air Hitam
Perkhidmatan:
  • 2 bilik tidur lengkap
  • 1 bilik tidur + bilik study
  • 1 bilik air
  • 1 bilik mandi
  • dapur
  • 1 ruang tamu
Kemudahan :
  •  Air Cond di Master Bedroom
  • Set Sofa
  • Peti Ais kecil
  • Kemudahan lengkap untuk memasak dan pinggan mangkuk
  • Tv
  •  
HARGA

Hari Biasa : RM130
Hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : RM150


PROMO BULAN NOVEMBER 2017

Semua booking yang dibuat sepanjang bulan November  2017 adalah tertakluk megikut harga PROMO di bawah ini.

Hari Biasa : RM 90

Hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : RM130


Gambar-gambar di dalam rumah ;
















Contact Person :

Art 019 7700490
Khalid 019 332 9297
Ramle 017 7655640


p/s utk location boleh dapatkan di pages FB kami Homestay Seriwalis Bandar Batu Pahat

Sila fahami terma dan syarat sebelum menginap di rumah kami.

TERMA DAN SYARAT

1- Penyewa hendaklah membayar deposit sebanyak 50% dari jumlah harga sewa yang 
     ingin ditempah. Deposit tidak akan dikembalikan.

2- Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa proses daftar masuk dan penyerahan 
     kunci. Resit bayaran akan diberikan.

3- Daftar masuk pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari.
    Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan 1 hari mengikut
    kadar  semasa. Kelonggaran akan diberikan jika maklumkan kepada kami dengan lebih
    awal. 

4- Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di homestay adalah 
    di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa
    menginap di premis adalah dibawah tanggungjawab penyewa.
5 -Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah.   
    Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka
    akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.
    
6 -Dilarang membawa balik barang-barang atau peralatan yang telah kami sediakan 
    di premis ini. Pihak kami berhak menuntut balik ganti rugi jika didapati penyewa
    berbuat demikian.
7 -Penyewa dikehendaki menghormati jiran tetangga dengan tidak membuat bising.


  Jika anda telah bersetuju dengan syarat di atas anda boleh terus mendaftar untuk menempah
  tarikh yang anda inginkan. Untuk Sign Digital di borang sila tekan mouse anda untuk 
  mendapatkan sign yang anda inginkan.

SILA ISI BORANG PENDAFTARAN  UNTUK TEMPAHAN DIBAWAH INI.


SILA KLIK DI SINI