CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label My Career. Show all posts
Showing posts with label My Career. Show all posts

Thursday, 30 August 2012

Kenapa MESTI ada Medical Card?

Salam semua..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

Sebelum aku memulakan kuliah online ku ini.. sekali lagi diingatkan kepada pembaca2 sekalian bahawa ape2 yang tertera di laman web ini adalah hanya pandangan peribadi aku berdasarkan pengalaman yang penat ku kutip sendiri sepanjang perjalanan aku sebagai perancang kewangan di Prudential tercinta ini.. Aku pasti di luar sana lebih ramai lagi yang lebih arif dari aku... so.. niat aku cuma 1.. aku just nak sharing apa yang aku tau dan sepatutnya korang sume tau dalam bahasa yang lebih mudah.. lebih mesra rakyat.. hehe

Sebenarnya kita ni masyarakat Melayu dah terlalu jauh ketinggalan dengan masyarakat lain terutamanya dari segi pengetahuan dan penglibatan dalam bidang insurans ni.. Aku dari background banking selama lebih kurang 4 tahun dan dari situlah aku sedar tentang semua ni.. Kalau Chinese misalnya walaupun berpendapatan rendah, diorang tetap ada insurans berbanding dengan masyrakat kita, yang kaya raya, 1 polisi pun tak ade kat rumah diorang.. kalau betul kaya raya tak ape.. lebih menakutkan ialah  HANYA nampak kaya kerana mereka mempunyai RUMAH BESAR dan KERETA MEWAH dan PERNIAGAAN yang besar sedangkan itu semua adalah LIABILITI atau bahasa mudahnye HUTANG..



Keadaan semua pasti berubah dengan sekelip mata bila sesuatu yang tidak diingini terjadi.. contoh sakit kritikal ataupun gudbye babai.. kadang2 bila kita cakap bendalah macam ni orang MARAH... tapi kalaula bukan org2 macam aku ni yang mengingatkan sape lagi? kite ni besenye kalo banyak duit memangla ramai yang berkerumun.. cubela kalo dah sakit terlantar.. sape je yang datang bagi duit? CUMA AGEN INSURANS JE YANG DATANG BAWAK CEK TAU UNTUK KORANG! Tu pun kalo korang ade amek insurans... hehehe...

Okla straight to the point.. aku senaraikan lah sebab musababnye kenapa korang MESTI ade medical card..


1-  Ini jelah caranya untuk kite2 ni yang berpendapatan sederhana boleh MAMPU untuk mendapatkan rawatan di PRIVATE HOSPITAL. Yelah bayangkanla kalo masuk private hospital kerana demam kene giget nyamuk je 1 hari dah kene cas RM1000+ +.. Tu baru demam belum cerita lagi pasal tebuk sane tebuk sini (operatela tu). Kalo aku ade duit pun aku sayang beb. Sebab tu kalo chinese yang kayo2 pun diorang tetap akan pakai medical card untuk masuk wad kat sane. Sebab diorang pandai kira duit.. nak simpan harta 20ribu 30 ribu bukannya senang beb! Takkan nak habeskan duit tu bayar bil hospital je? Adeh.. So, pilihla nak *BAYAR BULANAN RM200 ke atau nak BAYAR SELEPUK RM60,000 atau lebih??



Kisah benar banyak terjadi di kalangan prospek2 aku sendiri dan ada gak dari rakan2 terdekat aku yang degil taknak amek gak insurans and medical card ngan aku or mane2 agen insurans. Bila sakit, diorang bukan  pergi government hospital tau! hahaha.. sanggup perabeh duit gi private hospital gak..Bila terasa mahal nak bayar barulah carik aku balik.. Nasebla.. kalo sakit biasa bole lepas lagi.. kalo kronik? hmmm.. tanggung sendirila ye...Aku senyum je.. sebab aku tau tanggungjawab aku dah lepas..

2- Sebab ke2 adalah di Private hospital segalanya InsyaAllah lebih CEPAT dan lebih EFFICIENT. Terutama sekali apabila melibatkan emergency, pembedahan dan untuk mendapatkan rawatan. Aku tidak menyalahkan Government Hospital(GH) 100% kerana kekurangan dari segi servis dan sebagainya. Ini kerana di GH tu dah penuh dan padat sangat ngan pesakitnya. Korang bayar pun murah. Doktor pakar pun tak dapat nak menampung jumlah pesakit kat sana. So, kita sebenarnya tak bolehla nak bising2 sangat kan..

Saje nak promote Hospital yang ade kat Batu Pahat ;)

Beberapa hari yang lepas MAK AKU MASUK HOSPITAL. Tapi hospital gomenla sebab aku tak mampu lagi nak bawak ke private. Mak aku ni dah 25 tahun da kene kencing manis. So tak sempatla aku nak belikan dia medical card dulu.. Raya ke2 masa tu.. Sekali amek kau.. Ward penuh giller!! Pukul 7.30 pagi hantar ke emergency department, pukul 4.30 petang baru dapat masuk wad. Itu pun xde tempat nak letak katil.. so, mak aku dokla kat katil yang dekat tengah2 dunia tu.. nak tukarkan pampers pun tak boleh sebab langsung xde tempat.. malam baru dapat. Mak aku ni macam2 sakit ada termasukla batu karang. bayangkan untuk scan je dan jumpa pakar kene tunggu dalam 2 atau 3 bulan kat Johor Bahru.. Kitorang kat Batu Pahat nih! Paling teruk masa mak aku kritikal pun layanan macam ape. mak aku kene mild strok masa tu. malas dah aku nak citer.. Aku nak marah? Tak boleh marah beb.. sebab kita memang tak mampu.. Kalau mak aku tu buat follow up kat private paling kurang pun 1 bulan mesti cecah RM10,000. Korang nak ke benda yang same jadik kat mak bapak korang or korang sendiri? Korang pikirla sendirik. KITA NI TAK TAHU APA UJIAN YANG AKAN ALLAH TURUNKAN UNTUK KITA. Ntah sakit apa BILA DAN DIMANA..


Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).


Ingat masa SIHAT sebelum SAKIT

3- Sebab seterusnya ialah bila kita sakit jangan sampai BERHUTANG atau MINTAK DERMA. Masuk surat khabar atau TV. KALAULAH HOSPITAL KERAJAAN DAPAT MENYELESAIKAN SEMUA MASALAH INI KENAPA MASIH KELUAR DI SURAT KHABAR DAN TV ORANG MINTAK DERMA UNTUK OPERATION??? Korang pernah FIKIR tak? 


Sekali lagi aku cakap, bukan aku nak salahkan hospital kerajaan, mereka tetap kene ikut procedure dan kene tunggu giliran kerana pakar kurang. Yang salahnya ialah kita jugak. Sebab sebenarnya kita bertanggungjawab pada diri kita sendiri. Jangan asik nak harapkan orang lain membela nasib kita. Bila sakit susahkan orang lain pikir macam mana nak carik duit untuk kita.. Tolongla fikirkan ye.. 

Sebenarnya banyak lagi sebab musababnye... Tapi aku rasa cukupla aku bagi 3 je dulu.. Asalkan korang semua boleh faham.. Aku sebenarnya sangat2 berharap agar Melayu kita ni cepat sikit sedar dan bangkit untuk lebih celik dan dalam mengurus KEWANGAN diri sendiri dan keluarga..

Untuk entry seterusnya aku akan update untuk plan MEDICAL CARD dari Prudential InsyaAllah.. Plan dari Prudential ni senang dan LENGKAP. Semua dah ada dalam 1 plan.. So, takyah la risau tak boleh claim. Biasanya kes2 yang tak boleh claim ni sebab korang memang tak ada manfaat tu. So, memangla tak boleh claim.. Tapi tulah aku memang tak salahkan korang.. sebab biasanya korang memang tak tahu..

Sementara nak tunggu aku update lagi tu, kalau ada sesape nak dapatkan free quotation boleh email atau terus contact aku ye...

rosmawatinafiah@yahoo.com
rosmawatinafiah@prupartner.com.my
017 799 7547 / 019 755 9297


Saturday, 28 July 2012

PruLady vs Takaful Puteri..

Salam...

Ok tajuk kali ni serius sket... sila fokuskan mata dan kornea anda.. hehe.. Aku da nak start keje neh.. Orang selalu tanya soalan ni... so pasni senangla sket aku nak explain.. hehe.. So, inilah soalannya..
        
          1- Ada tak insurans yang cover sakit2 pompuan je?
          2- Ada  tak insurans yang cover bersalin?
          3- Ada tak insurans yang kalo kawen dapat duit? (kelakar kan soalan ni)
        4- Ada tak insurans yang kalo tak jadik pape akan dipulangkan 100% duit kita? (ade org akan tergelak  jugak dengar soalan ni..)

Jangan terkejut kalo aku katakan bahawa jawapan bagi semua soalan dia atas adalah "YA!" Serius? ye ke? Ntah ye ntah tidak tu..
dah aku kate ye... memang yelah... adeh... kalo tak caye gi tanye orang lainla... hehe.. Semuanya di cover oleh PRUDENTIAL.. Canggih kan? haha.. Sebab tu aku sayang Prudential ni.. hihi.. Promote lagi.

Ok.. So bila aku mention nama Prudential akan ade plak soalan lain yang akan menyusul.. Takaful ke tak? Hmm... oleh kerana itulah kat sini aku bagilah perbezaan antara produk PruLady Standalone by Prudential and Takaful Puteri Plus dari Prudential BSN Takaful.. Pandai2 korangla pilih sendirik..


Sebelum aku mengupas tajuk ini dengan lebih dalam lagi.. beribu ampun aku tujukan pada sesiapa yang kurang bersetuju dengan gaya penulisan aku dalam menyampaikan topik nih... Yelah.. bese kalo topik2 camni kan kene formal... Tapi bagi orang macam aku, dulula.. bila aku belum terjun dalam bidang insurans ni.. aku baca penerangan pasal insurans kat mane2lah... Sumpah beb aku tak faham... So, sebenarnya sesi kali ni adalah untuk orang2 yang seangkatan dengan aku... huarghhuargh...

1) Aku bagi table dulu ar untuk Prulady yea...



Kalau nak tengok lebih2 lagi boleh klik kat SINI..

2) Yang ni pulak table Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus..



http://prutakafulinfo.files.wordpress.com/2011/03/takaful_puteri-vert.jpg


Ok kalo nak tengok brochure Takaful Puteri boleh klik kat SINI ye..

Apakah PERBEZAANNYA?

*SA = Sum Assured

Berbalik kepada soalan no 3- no 4 sebenarnya hanya PruLady yang cover. Sila lihat jadual di atas BIL no 7 dan 8. Bersalin dan dapat duit kalo kahwin tu termasuk dalam manfaat Tahap Kehidupan ( tertakluk pada terma dan syarat)

Haaa.... ada faham ka incik? Tahniahla kalo sape yang faham... Yang tak faham tu... takpe aku boleh memahami korang... sebab tu aku cakap... jumpa aku je kan senang... hahaha... Last2 kene jumpa aku gak rupanya... kihkihkih... Ok camnila... Segala soalan bole tanye di ruangan ini ye... atau direct ke kaca henpon aku.. Owh ye... sape nak dapatkan free quotation sila halo2 aku or email aku yea.. Don't wori... tiada cas penghantaran akan dikenakan atau apa2 saja cas yang berkaitan.. hehe.. Start kene cas bile dah sign je.. hehe..

Cara2 boleh mencari aku
017 799 7547 / 019 755 9297
rosmawatinafiah@yahoo.com
rosmawatinafiah@prupartner.com.my

Semoga berjumpa lagi.... Daa..


Saturday, 26 November 2011

Surat CINTA dari Life Policy Anda...

Salam sejahtera..


Saya adalah polisi insurans hayat anda..


Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini..






Sekarang ini , anda sedang melaksanakan tugas anda iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan , kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya dari tahun demi tahun.


Saya mempunyai keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada satu pun bala yang akan menimpa anda.




Ketika ini, apabila kehidupan anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila anda dan saya mungkin bertukar tempat.


Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah saya mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepadsa anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.


Apabila tugas anda telah selesai, maka tugas saya akan bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya , cinta anda terhadap keluarga tetap bersemi.


Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih untuk anda dan keluarga anda berbanding apa yang anda lakukan untuk saya.


Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.


Yang Benar,


Polisi Hayat Anda...






Ingatan ikhlas dari Perancang Kewangan anda
017 799 7547 / 019 755 9297