CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday 26 November 2011

Surat CINTA dari Life Policy Anda...

Salam sejahtera..


Saya adalah polisi insurans hayat anda..


Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini..






Sekarang ini , anda sedang melaksanakan tugas anda iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan , kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya dari tahun demi tahun.


Saya mempunyai keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada satu pun bala yang akan menimpa anda.




Ketika ini, apabila kehidupan anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila anda dan saya mungkin bertukar tempat.


Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah saya mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepadsa anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.


Apabila tugas anda telah selesai, maka tugas saya akan bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya , cinta anda terhadap keluarga tetap bersemi.


Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih untuk anda dan keluarga anda berbanding apa yang anda lakukan untuk saya.


Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.


Yang Benar,


Polisi Hayat Anda...






Ingatan ikhlas dari Perancang Kewangan anda
017 799 7547 / 019 755 9297