CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, 4 January 2012

Asyraf 1 year at Cameron Highland..

Lama da mengidam nak ke cameron Highland buat kali yang kedua... masa 1st tu memang da bkurun lama la.. balik kete penuh ngan bunge sampai tak cukup tempat nak bernafas... haaa... dasat tak.. hehe... tu yang ingatkan nak mengulang sejarah wangi tu.. Crita2 ngan En Hubby dia on jer... apelagi... kapal dia mendarat jer.. Kete anak jerung JMT646 plak baru kuar.. kiter test drive la... hhahaha... Perrrgghhh!! Mantop!

Jom kite tengok ape yang ade kat sane...























Waahaha... byk gambar.. ponat den.. sok2la den citor pasal gambo2 nih... nk tido dulu.. Zzzzz...

Lets Party Babe..

2009 - Tetiba lak Prudential buat party kat JB area the Zone tu.. Masa sampai tu terkezut gak... Dah sampai tu alah masuk ajer.. hehe.. Bukan minum2 pun... Jom.. kite Zoom...

K liza, fharis n me..

Fendi, Burn n me..

Saadiah, me, Ekin and Ili..
Abes party kite sambung makan plak.. yeahhh!!!

Ni keesokkan harinye.. besela aktiviti wajib.. hehe.. asah anak tekak..

Hmm.. masa muda2 kan.. rite now yg gegurl sume da branak. hahaha...

jalan2 cuci mate...
Ade gaya bodyguard tak? hehe


sempat amek gambar kat luar tu.. hihi
Ceh En Fharis kite...

cukupla korum sume tu.. tp tu dulu skarg tinggal ber4je yg masih setia.. hehehe..

Boss!!! nama dia pun dah CEO.. xley nak kate  apela.. hehe

5 dara pinggitan... Pada zaman itulah. kini sume sudah berpunye... jangan cube2 curik line lagi.. aaww!! hahaha..

So.... Ari pun da malam ni.. Tadi ingatkan nak buat keje.. tetiba terasa exited lak nak meng'upload' gambar2 nostalgia ni.. nak upload gambo skrang da xde slera u.. hahaha... k .. jumpa lagi nanti.. daaa....

Tuesday, 3 January 2012

Sandiwara di satu senja..

Mission ketika itu ialah menghantar En hubby kite ke kapal kesayangannya.. di Pantai Puteri Melaka.. maka aku bawalah konco-konco ku untuk menemaniku.. Maka gambar2 seterusnya adalah sandiwara yang terjadi selepas kapten pulang ke kapalnye.. hehehe.



Saadiah merenung masa depannye..
mengkagumi keindahan ciptaan Allah...

En Burn kite tengah pikir calon2 permaisuri.. hehe
Best Moment... Ade cerita disebalik bot yang hampir tergolek ni.. gara2 sape? hahaha

Ini saya penerbit rancangan
kanak2 riang ria

Always be my best buddy..

haha.. banyak lagi gambar2 fitnah mereka yang tidak ditayangkan.. Ini sume gara2 saadiah nak buat pihak tertentu jeles.. ye ke begitu? Entahlah.. cube tanye tuan punye badan.. hehe


Sekian sahaja kisah kiter kali ni.. nak upload gambar lain lak pasni.. kalo sempat.. hehehe

Saturday, 26 November 2011

Surat CINTA dari Life Policy Anda...

Salam sejahtera..


Saya adalah polisi insurans hayat anda..


Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini..






Sekarang ini , anda sedang melaksanakan tugas anda iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan , kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya dari tahun demi tahun.


Saya mempunyai keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada satu pun bala yang akan menimpa anda.




Ketika ini, apabila kehidupan anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila anda dan saya mungkin bertukar tempat.


Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah saya mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepadsa anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.


Apabila tugas anda telah selesai, maka tugas saya akan bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya , cinta anda terhadap keluarga tetap bersemi.


Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih untuk anda dan keluarga anda berbanding apa yang anda lakukan untuk saya.


Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.


Yang Benar,


Polisi Hayat Anda...






Ingatan ikhlas dari Perancang Kewangan anda
017 799 7547 / 019 755 9297