CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, 30 August 2012

Kenapa MESTI ada Medical Card?

Salam semua..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

Sebelum aku memulakan kuliah online ku ini.. sekali lagi diingatkan kepada pembaca2 sekalian bahawa ape2 yang tertera di laman web ini adalah hanya pandangan peribadi aku berdasarkan pengalaman yang penat ku kutip sendiri sepanjang perjalanan aku sebagai perancang kewangan di Prudential tercinta ini.. Aku pasti di luar sana lebih ramai lagi yang lebih arif dari aku... so.. niat aku cuma 1.. aku just nak sharing apa yang aku tau dan sepatutnya korang sume tau dalam bahasa yang lebih mudah.. lebih mesra rakyat.. hehe

Sebenarnya kita ni masyarakat Melayu dah terlalu jauh ketinggalan dengan masyarakat lain terutamanya dari segi pengetahuan dan penglibatan dalam bidang insurans ni.. Aku dari background banking selama lebih kurang 4 tahun dan dari situlah aku sedar tentang semua ni.. Kalau Chinese misalnya walaupun berpendapatan rendah, diorang tetap ada insurans berbanding dengan masyrakat kita, yang kaya raya, 1 polisi pun tak ade kat rumah diorang.. kalau betul kaya raya tak ape.. lebih menakutkan ialah  HANYA nampak kaya kerana mereka mempunyai RUMAH BESAR dan KERETA MEWAH dan PERNIAGAAN yang besar sedangkan itu semua adalah LIABILITI atau bahasa mudahnye HUTANG..



Keadaan semua pasti berubah dengan sekelip mata bila sesuatu yang tidak diingini terjadi.. contoh sakit kritikal ataupun gudbye babai.. kadang2 bila kita cakap bendalah macam ni orang MARAH... tapi kalaula bukan org2 macam aku ni yang mengingatkan sape lagi? kite ni besenye kalo banyak duit memangla ramai yang berkerumun.. cubela kalo dah sakit terlantar.. sape je yang datang bagi duit? CUMA AGEN INSURANS JE YANG DATANG BAWAK CEK TAU UNTUK KORANG! Tu pun kalo korang ade amek insurans... hehehe...

Okla straight to the point.. aku senaraikan lah sebab musababnye kenapa korang MESTI ade medical card..


1-  Ini jelah caranya untuk kite2 ni yang berpendapatan sederhana boleh MAMPU untuk mendapatkan rawatan di PRIVATE HOSPITAL. Yelah bayangkanla kalo masuk private hospital kerana demam kene giget nyamuk je 1 hari dah kene cas RM1000+ +.. Tu baru demam belum cerita lagi pasal tebuk sane tebuk sini (operatela tu). Kalo aku ade duit pun aku sayang beb. Sebab tu kalo chinese yang kayo2 pun diorang tetap akan pakai medical card untuk masuk wad kat sane. Sebab diorang pandai kira duit.. nak simpan harta 20ribu 30 ribu bukannya senang beb! Takkan nak habeskan duit tu bayar bil hospital je? Adeh.. So, pilihla nak *BAYAR BULANAN RM200 ke atau nak BAYAR SELEPUK RM60,000 atau lebih??



Kisah benar banyak terjadi di kalangan prospek2 aku sendiri dan ada gak dari rakan2 terdekat aku yang degil taknak amek gak insurans and medical card ngan aku or mane2 agen insurans. Bila sakit, diorang bukan  pergi government hospital tau! hahaha.. sanggup perabeh duit gi private hospital gak..Bila terasa mahal nak bayar barulah carik aku balik.. Nasebla.. kalo sakit biasa bole lepas lagi.. kalo kronik? hmmm.. tanggung sendirila ye...Aku senyum je.. sebab aku tau tanggungjawab aku dah lepas..

2- Sebab ke2 adalah di Private hospital segalanya InsyaAllah lebih CEPAT dan lebih EFFICIENT. Terutama sekali apabila melibatkan emergency, pembedahan dan untuk mendapatkan rawatan. Aku tidak menyalahkan Government Hospital(GH) 100% kerana kekurangan dari segi servis dan sebagainya. Ini kerana di GH tu dah penuh dan padat sangat ngan pesakitnya. Korang bayar pun murah. Doktor pakar pun tak dapat nak menampung jumlah pesakit kat sana. So, kita sebenarnya tak bolehla nak bising2 sangat kan..

Saje nak promote Hospital yang ade kat Batu Pahat ;)

Beberapa hari yang lepas MAK AKU MASUK HOSPITAL. Tapi hospital gomenla sebab aku tak mampu lagi nak bawak ke private. Mak aku ni dah 25 tahun da kene kencing manis. So tak sempatla aku nak belikan dia medical card dulu.. Raya ke2 masa tu.. Sekali amek kau.. Ward penuh giller!! Pukul 7.30 pagi hantar ke emergency department, pukul 4.30 petang baru dapat masuk wad. Itu pun xde tempat nak letak katil.. so, mak aku dokla kat katil yang dekat tengah2 dunia tu.. nak tukarkan pampers pun tak boleh sebab langsung xde tempat.. malam baru dapat. Mak aku ni macam2 sakit ada termasukla batu karang. bayangkan untuk scan je dan jumpa pakar kene tunggu dalam 2 atau 3 bulan kat Johor Bahru.. Kitorang kat Batu Pahat nih! Paling teruk masa mak aku kritikal pun layanan macam ape. mak aku kene mild strok masa tu. malas dah aku nak citer.. Aku nak marah? Tak boleh marah beb.. sebab kita memang tak mampu.. Kalau mak aku tu buat follow up kat private paling kurang pun 1 bulan mesti cecah RM10,000. Korang nak ke benda yang same jadik kat mak bapak korang or korang sendiri? Korang pikirla sendirik. KITA NI TAK TAHU APA UJIAN YANG AKAN ALLAH TURUNKAN UNTUK KITA. Ntah sakit apa BILA DAN DIMANA..


Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud :

"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati."
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).


Ingat masa SIHAT sebelum SAKIT

3- Sebab seterusnya ialah bila kita sakit jangan sampai BERHUTANG atau MINTAK DERMA. Masuk surat khabar atau TV. KALAULAH HOSPITAL KERAJAAN DAPAT MENYELESAIKAN SEMUA MASALAH INI KENAPA MASIH KELUAR DI SURAT KHABAR DAN TV ORANG MINTAK DERMA UNTUK OPERATION??? Korang pernah FIKIR tak? 


Sekali lagi aku cakap, bukan aku nak salahkan hospital kerajaan, mereka tetap kene ikut procedure dan kene tunggu giliran kerana pakar kurang. Yang salahnya ialah kita jugak. Sebab sebenarnya kita bertanggungjawab pada diri kita sendiri. Jangan asik nak harapkan orang lain membela nasib kita. Bila sakit susahkan orang lain pikir macam mana nak carik duit untuk kita.. Tolongla fikirkan ye.. 

Sebenarnya banyak lagi sebab musababnye... Tapi aku rasa cukupla aku bagi 3 je dulu.. Asalkan korang semua boleh faham.. Aku sebenarnya sangat2 berharap agar Melayu kita ni cepat sikit sedar dan bangkit untuk lebih celik dan dalam mengurus KEWANGAN diri sendiri dan keluarga..

Untuk entry seterusnya aku akan update untuk plan MEDICAL CARD dari Prudential InsyaAllah.. Plan dari Prudential ni senang dan LENGKAP. Semua dah ada dalam 1 plan.. So, takyah la risau tak boleh claim. Biasanya kes2 yang tak boleh claim ni sebab korang memang tak ada manfaat tu. So, memangla tak boleh claim.. Tapi tulah aku memang tak salahkan korang.. sebab biasanya korang memang tak tahu..

Sementara nak tunggu aku update lagi tu, kalau ada sesape nak dapatkan free quotation boleh email atau terus contact aku ye...

rosmawatinafiah@yahoo.com
rosmawatinafiah@prupartner.com.my
017 799 7547 / 019 755 9297


Thursday, 9 August 2012

Persediaan menyambut boboi boy...

Salam semua...

Lama  betul tak update kan.. Now aku da tinggal lagi 9 ari nak due... huarghh rasa ngeri tetap ade but aku kuatkan semangat dengan rasa exited untuk menerima insan baru dalam keluarga nuklues ku ini.. tak sabar nak tengok ape reaksi Asyraf dapat adik baru.. tak sabar nak tengok wajah baby baru ni.. sama macam Asyraf ke? hihi.. ntahla.. macam2 aku fikir.. Cuma aku rasa memang cukup berbeza semasa mengandungkan Asyraf and baby yang second ni.. dia punya nendang len macam sket.. aku rasa bukan nendang lagi da... dia berkungfu kat dalam perut ni ar.. 

         The best part semalam da tak tau nak watpe... pegila scan nak tengok da bape berat dia.. ok ke tak dia kat dalam.. surpurisingly... anggaran berat dia da capai 3.5kg!! Alamak... tarik nafas tak boleh hembus balik aku dengar doktor tu cakap... Perghh. biar betul? Asyraf keluar dulu pun baru 3.15kg.. ini dia kat dalam lagi ni... hmmm... maka 1 ari semalamla aku risau betul memikirkan macam mana ye.. bukannye ape.. aku kalo bole memang taknak operate.. sebab utamanya of coursela sebab kos da naik 3x ganda.. sebab lain ialah aku memang takut operate.. aku terbayang segala alat2 bedah tu..  
macam manala doktor tu bedah aku.. heeeee... ngeri2! lagi satu sebab yang juga amat penting nnti tak cantikla i macam dulu..


        K lah stop citer tu... bagi menghilangkan rasa risau semalam  maka arini aku tukar schedule untuk mempersiapkan segala kelengkapan untuk menyambut boboi yang bakal dinamakan 'Muhammad Azad'.. InsyaAllah betulla tu kot ape yg discan cuma kalo kuasa Allah tiba2 nk tukarkan jadik gugurl pun aku x kisah.. hehe.. Sesungguhnya pengalaman pertama berjaya bagi full breastfeeding selama 6 bulan pertama pada Asyraf adalah satu kejayaan yang besar bagi aku.. Alhamdulillah.. Cuma tulah banyak yang aku belajar untuk mempertingkatkan keberkesanan kaedah yang aku gunakan.. aku pakai manual je masa tu untuk perah susu... Perghhhhh!!!! agak2 kalo jari ni bole tercabut da tercabut da... hehe.. last2 aku da x sanggup perah da sebab sakit tangan. so keje tetap keje tapi xde bekalan susu.. kalo ade pun adela cukup untuk pagi je..
So...... ape yang terjadik ialah... bila asyraf nangis je nak susu aku terpaksa la berkejar ke rumah baby siter... kira dia pegang lesen besar la ni.. aku plak da macam alarm... bunyik je aku da macam kene kejutan letrek trus bergegas ke tempat kejadian... hahaha... bila pikir2 balik baik au xyah keje camtu... dan memang itulah hakikatnya.. aku macam pegi keje tapi takde production pun... hehe

      So.. untuk tahun ni.. aku puas la servey sane servey sini maka aku berangan2la nak memakai Medela FreeStyle.. tapi bila tengok harga bole koma buat seketika.. huhu.. tapi xpe kite pasang 'secret'.. Aku berazam untuk memiliki bendalah mahal tapi  berbaloi ni.. cara camne tu aku tak taula.. sebab aku da malas nak fikir nnti beli yang murah x puas ati pastu kene tukar lagi macam masa aku mula2 dulu.. Alhamdulillah berkat kasih sayang yang tercurah maka En Hubby menghadiahkan impian ku ini... hihihihi... suka tak terkatala eden... hihihihi... haa tengok aku gelak lagi.. Segunung penghargaan sebenarnya kerana dia adalah insan yang cukup memahami dan menyokong usaha murni ku ini... sob2... syahdu tak? hehe..

         So... Taraa..... inilah dia set tersebut...

 Dan di bawah ini adalah perkakas2 yang ade dalam kotak ni...

  haa... ni full set dia...

Ni double pumping nyer...


Ade beg beserta ice pack dan 4 botol untuk perah and simpan susu masa kat luar... 


Haa.. yang ni special sebab dia bagi skali ngan puting susu khas untuk baby but dia boleh letak susu ibu sahaja.. design utk elakkan keliru puting.. kalo tengok betul2 kat puting dia tu lubangnye sangatla besar but kalo tengok kat belah dalam macam xde lubangla plak.. yg pentingnya masuk susu bese xley kuar beb susunye... canggih tak? hehehe...


Last sekali.. inilah pelengkapnyer.. kenapa namanya FreeStyle... Sebab ade disertakan sekali tempat gantung botol susu tu kat nursing bra and ade tali pinggang khas untuk letak mesin elektrik tu kat pinggang... maka... bolela pam susu tanpa pegang dan bole sambil buat keje... macam xde pape yang terjadi... hehehe.. Aku cakap je.. try belum lagi.. hihi

        Rasanya tu jela kot untuk hari ni... nnti aku update lagi eksesori2 lain... da x larat nak tulis.. Lepas ni nak jenjalan jap kat k4 buat exercise... hehe.... Daaa....